Sinopsis Guang (filem)

Wen Guang (Kyo Chen) seorang lelaki muda yang autistik, dia tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dan susah bersosial dengan orang lain. Adiknya (Ernest Chong) mahu dia mencari pekerjaan supaya mereka boleh berkongsi beban mereka. Ketika Wen Guang berkali-kali cuba mencari kerja, dia meneruskan hobi rahsianya: mengumpul bekas-bekas kaca dan telahpun menemui bakatnya yang tersembunyi.